
Hai, Selamat datang ini merupakan post ketiga blog saya, harini saya akan menceritakan serba sedikit tentang cara untuk mengekalkan keharmonian masyarakat berbilang kaum. Bagi mengekalkan keharmonian yang perlu ada pada masyarakat berbilang kaum di Malaysia ialah sikap individu itu sendiri. Hal ini kerana, amannya sesuatu komuniti amnya bergantung kepada individu itu. Setiap individu itu haruslah mengamalkan sikap tolak ansur dan saling sayang menyayangi antara satu sama lain. Setiap rakyat haruslah sentiasa mengamalkan nilai - nilai murni dalam kehidupan seharian mereka. Dengan adanya pengamal sikap-s murni dalam diri masyarakat di Malaysia, hidup setiap masyarakat rakyat pelbagai kaum akan sentiasa aman dan harmoni. Sebagai contohnya, kita mengadakan rumah terbuka sempena perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan tidak seharusnya kita menghalang jiran kita untung datang ke rumah terbuka yang kita buat walaupun...