Hai, Selamat datang
ini merupakan post kedua blog saya, harini saya akan menceritakan serba sedikit tentang isu keharmoniam di negara Malaysia.
Keharmonian kaum tanpa mengira warna kulit perlu dipandang lebih serius. Keutuhan tembok perpaduan dan keharmonian ini penting untuk kelangsungan kemajuan negara.
Selepas kita mengalami perubahan dalam tampuk pemerintahan negara, diharap isu keharmonian dan perpaduan kaum dapat dilihat lebih mendalam.
Kewujudan Kementerian Perpaduan Negara yang baharu, sedikit sebanyak memberi nafas lega untuk kita mengharungi bersama isu ini. Pelan tindakan jangka panjang perlu dirangka sebaik mungkin.
Penyertaan orang muda dalam hal perdebatan mengenai perpaduan negara, perlu diusahakan. Program berbentuk kesukarelawan tanpa mengira bangsa boleh diketengahkan.
Semangat cintakan negara perlu dipupuk selari model keutuhan keharmonian bangsa. Perpaduan yang pernah dicapai dulu, perlu dibina dan diberi nafas baharu. Untuk menjadikan Malaysia negara maju dan disegani, keharmonian kaum tonggak utama kemakmuran dan kemajuan negara.

Comments
Post a Comment