Hai, Selamat datang
ini merupakan post ketiga blog saya, harini saya akan menceritakan serba sedikit tentang cara untuk mengekalkan keharmonian masyarakat berbilang kaum.
Bagi mengekalkan keharmonian yang perlu ada pada masyarakat berbilang kaum di Malaysia ialah sikap individu itu sendiri. Hal ini kerana, amannya sesuatu komuniti amnya bergantung kepada individu itu. Setiap individu itu haruslah mengamalkan sikap tolak ansur dan saling sayang menyayangi antara satu sama lain. Setiap rakyat haruslah sentiasa mengamalkan nilai - nilai murni dalam kehidupan seharian mereka. Dengan adanya pengamal sikap-s murni dalam diri masyarakat di Malaysia, hidup setiap masyarakat rakyat pelbagai kaum akan sentiasa aman dan harmoni. Sebagai contohnya, kita mengadakan rumah terbuka sempena perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan tidak seharusnya kita menghalang jiran kita untung datang ke rumah terbuka yang kita buat walaupun mereka bukanlah seagama dengan kita dari mengunjungi kita dan bersama-sama meraikannya bersama kita.
Seandainya setiap rakyat mengamalkan sikap sikap yang baik seperti bertolak ansur dan menyanyangi antara satu sama lain sudah pas ti dengan cara ini akan timbu lagi masyarakat yang baik dan hormat kepada antara satu sama lain bukan itu sahaja sudah pasti keharmonian masyarakat berbilang kaum akan dapat dikekalkan sekiranya sikap sebegini dapat dikekalkan dari gengerasi ke generasi lain.
Di samping itu ,pihak sekolah juga meainkan peranan yang penting dalam mengeratkan lagi hubungan pelajar pelajar yang mempunyai pelbagai kaum di sekolah dengan mengadakan mengadakan aktiviti-aktiviti yang berunsurkan kemasyarakatan dan melibatkan komuniti pelbagai kaum. Seterusnya, pihak sekolah juga haruslah menggalakkan para pelajar menggunakan pakaian tradisi kaum masing-masing semasa sambuatan-sambutan seperti sambutan Hari Kemerdekaan, perayaan dan sebagainya supaya masyarakat berbilang kaum di negara kita akan dapat merasai nikmat keharmonian dan kemakmuran hidup dalam masyarakat majmuk di negara Malaysia. Sebagai contoh, bagi kaum Melayu mereka hendaklah memakai baju Melayu dan baju kurung manakala kaum Cina memakai cheongsam dan memakai sari bagi kaum India

Comments
Post a Comment